💙expressing my thoughts in bahasa melayu. here's to my first and to many more to come.
Bulanku,
Hatiku rapuh cuba mencapai dia. Aku memanggil dia bulan yang menerangi malamku dan setia disisiku pada sangkar masa terang mahupun malap, memberi aku ruang untuk bernafas. Dia juga bulan yang satu-satunya memancar pada waktu hening, sewaktu aku dibuai mimpi mahupun sewaktu aku bersujud kepada Tuhan yang Maha Esa. Dialah bulanku, yang biru. Namun, terkilannya aku apabila sedar semuanya adalah kata-kata doa aku sahaja.
Bulan biru yang hadir memperkenalkan aku ke jalan cinta namun lenyap lantaran menghantar aku ke jalan itu. Cahayanya aku dakap, tetapi mendung akibatnya dan bulan biruku lenyap begitu sahaja, hilang dalam dakapanku sendiri.







