Monday, 4 May 2020

kalau dia mampu, haruskah aku juga?

illustrator: claire prouvost

"Jikalau aku mampu, kau semestinya mampu juga!"
"Jikalau dia sudah, kau seharusnya sudah juga!"
kata mereka, satu dari sekian yang sudah berjaya mengalahkan fasa perit hidup mereka.

Formula ini tidak berlaku sama dan adil untuk semua orang.
Dan kalau ada yang hidup pada pengertian itu,
Jika akhirnya gagal, siapa yang akan disalahkan selain dirinya sendiri kerana lemah?

Tidak, tidak beralih tidak semestinya seseorang itu gagal atau lemah.
Perasaan adalah sesuatu yang rapuh,
Tidak semua dikurniakan mentari pagi yang menghidangkan kebahagiaan setiap sarapan.


Di tengah kehidupan yang penuh pergumulan, tidak ada satupun yang sama,
apatah lagi proses pembentukan seseorang.

Jadi, kalau orang lain mampu, tentu sahaja kita juga mampu.
Tetapi jika tidak, tidak mengapalah. Bukan salahmu.
Variabelnya terlalu banyak,
Mungkin keadaan, bakat, waktu untuk membiasakan.

Belum bukan bermaksud tidak,
Dan tidak bukan bererti punah.

Semangat dan harapan adalah dua perkara penting untuk dipelihara agar terus kita maju,
Tetapi kenali lah diri mu juga.

Jangan sampai kita terlalu memaksa sesuatu kehendak sehingga menepis keperluan,
Jangan sampai ada yang patah sebelum mampu berganjak.




Husna Anith

No comments:

Post a Comment