Kau lihat?
Bahkan rasa terdahsyat sekalipun telah menjelma menjadi sebuah kedataran yang tidak memiliki riak walau sebutirpun.
Ribuan kali kulalui timbul dan tenggelamnya matahari cinta.
Kini kusedari, seberapa besar pun aku ingin kembali tenggelam dalam perasaan rindu dan kasih padamu seperti dahulu kali, aku tidak lagi mampu makbulkan hasratku.
Engkau tidak pernah membalas perasaanku yang sedalam laut ini,
Bahkan engkau cenderung merendahkannya, tanpa engkau sedari.
Akan tetapi, fasa hidup itu sangat dekat kepada hatiku.
Dengan itu, aku sedari,
someone deep in your heart is also the hardest to reach.
Aku sering tertanya,
Apakah terlalu hina bagi engkau bahawa aku tertarik padamu?
Apakah terlalu keji bagi engkau merahsiakan signifikanku?
Tenanglah, aku hanya tertarik kepada potensi istana cinta,
Tetapi aku juga sedar langkah mundur aku,
Tidak akan lancang mendekat atau mengejar.
Dan kini, seberapa banyak titik peluhku untuk menanam dan menikmati gejolak dan gelombang sayang aku kepada engkau, tidak mampu kusangkal,
Kau tidak lagi memiliki singgahsana di hatiku ini.
Layarlah jauh, sepertimana kau tanamku jauh dari hatimu dari mula.
Alhamdulillah, engkau bukan lagi pemantik chemistry jiwaku.

No comments:
Post a Comment